BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Alahai.... manusia2... Bonda... anakanda dtg mintak biasiswa.... hehee

11.0o a.m
---------------------------
Office::: [Hello... shikin... ade kt mane? ade parents nk jumpe kamu ttg tingkatan 4...]

Mummy::: [ok2 bg sy setengah jam... aduhhh... urm... mane lak aku cmpk fail ting 4 nie..]

Adik::: [mummy tu nak kuar la tu... elok2 la mummy... duduk je terperap kt umah camane nak bwk lik daddy utk kami..]

Mummy::: [diamlah adik... duduk umah jgn nakal2... jgn wat sepah... suruh abg jage kamu.. mummy nk g keje nie..]


---------------------------

smpai je kt muka pntu offce aku da perasan sorang pkcik ni pndang2 aku...
muke mmg x puas hati la..
aku wat muke slamber selepas memberi salam n terus je meriuhkan keadaan opis tgah hari tu...
then aku keluar n approach parents yg nak jumpe aku tu..
sah...
pakcik yg wat muka ketat tu..
aduhaiii...
telan je la ekien...

oleh kerana sesi ini bukan rahsia maka aku boleh memaparkan kandungan perbincangan utk tujuan pengajaran buat diri ku n buat mereka yg membaca...

aku ringkaskan cerita ea...
anak pakcik ni dpt 6A3B dlm PMR baru lepas nie..
Alhamdulillah pada aku satu keputusan yang membanggakan..
dia dah berusaha seadanya dan itulah hasilnya...
tapi..
ayahnya x berpuas hati kerana B dalam matematik..
Ya Allah... bersyukur la pakcik....
pakcik ni mmg cakap lepas la..
mmg x pndai jaga hati n perasaan org..
n aku pun byk diam dari bercakap..
ye la.. pada aku utk kita berkongsi pendapat dan pandangan..
sekiranya org tu mudah untuk menerima pndangan org lain dan menjadikan perbualan itu sebagai satu sesi perkongsian maka semuanya akan menjadi satu perbincangan yang menyeronokkan..
tapi dalam hal hari nie..
mmg xad org lain yg betul kecuali diri dia..
dan mmg xd org lain yg pndai kecuali dirinya...
manusia ohh manusia..

dia marahkan anaknya yg dapat 6A 3B..
org lain keputusan lagi teruk pakcik..
tapi menghargai usaha anaknya kerana mereka telah berusaha..
berusaha utk mendapat yang terbaik..
tetapi mungkin rezeki Allah belum berpihak kepadanya..
Pakcik ni nak anak die utk masuk aliran sains pada tahun hadapan kerana dia xnak anaknya masuk diploma atau ting 6.
katanya low class la..
maka aku pun berkata..

------------------------
Mummy::: [maaf pakcik.. tp saya daripada tingkatan 6 sbelum berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah... saya x rasa tingkatan 6 tu low class... mereka yang berada di tingkatan 6 ini sebenarnya berjaya survive di U.. ]

------------------------
terkulat2 gak muke pakcik ni masa aku ckp macam tu..
agaknya menyedari keterlanjuran kata2nya..
uiks..
aku menegur atas dasar utk membetulkan persepsi pakcik tu bahawa tingkatan 6 bukanlah pilihan yang terakhir...

satu lagi yang membuatkan aku terdiam dan terfikir...
sifat manusia yang kadangkala suka menunjuk pandai..
aduhh...
aku bukan nak ckp aku pndai..
x.. masih byk yg perlu aku pelajari dalam dunia nie..
bila aku ckp anak dia perlu buat rayuan utk masuk ke kelas sains tulin maka dia sudah naik marah..
Syarat utk masuk sains tulin di sekolah aku adalah mendapat A dalam mata pelajaran berikut:

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Arab
3) Matematik
4) Sains
5) Bahasa Inggeris

jadi oleh kerana anaknya mendapat B dalam Matematik maka dia perlu membuat rayuan..
aduh...
tetibe die marah lagi anak die..
terkulat2 muke student tu..
marahkan anaknya.. membanding2kan anak yang dia ada..
kesian student tu..
pasti tekanan kepadanya kerana selalu dibandingkan dengan kakaknya yang sekarang ini mengambil Eng in aeronatik...
nak je aku cakap kt pakcik tu bahawa anak2 ada kemapuan mereka dan kelebihan mereka..
mungkin mereka x berkebolehan dalam bidang sains dan math.. tetapi ok dlm bidang sastera..
tp aku faham org2 cam nie..
mmg xakan dengar pendapat kita...

huh..
so aku cadangkan la kalau xnak buat rayuan maka anak dia boleh dimasukkan ke dalam kelas sains ikhtisas di mana dia kan belajar akaun..
masih boleh ke matrikulsi perakaunan..
sekali lagi aku di sergah..
pakcik tu wat muka confius sambil bertanya:
---------------------------------

Pkcik::: [cikgu.. maaf ye nak tanye.. ade ke matrik perakaunan.. setahu saya xad.. cikgu pasti ke under KPM sbb matrik ni byk cikgu... saye rase xad la.. ]

Mummy::: [maafkan saye kalau saye silap.. saya spm tahun 2002.. dan pada masa itu ada di buka matrikulasi perakaunan pada tahun saya... x tahu lah tahun pakcik da ade ke belum.. maaf ye pakcik kalau saya silap.. mungkin kita boleh google sama2 utk mendapatkan kepastian]

-----------------------------

of course la aku yakin..
aku da semak semuanya..
mmg ada matrikulasi perakaunan...

Ya Allah..
pengalaman berhadapan dengan parents mcm ni mmg menyakitkan perut kita...
yg perlu di buat adalah kekalkan senyuman dan byk berdiam..
bukan diam bermakna kita bodoh...
tapi kalau kita layan bertekak lagi lah menampakkan kita bodoh..
so biarkan luncai terjun bersama labu2nya...

agak lame jugak aku berhadapan dengan pakcik tu..
aku da tgk2 jam tgan..
ye la ade janji dengan bondaku di putrajaya...
nak amik biasiswa..
poket da kering da nie...
huhu...

agaknye die menyedari kerisauan aku pakcik tu pun minta diri tp aku tahu..
dia masih x puas hati lagi..
urmm... biarlah...

so nasihat dr aku yg dangkal nie...
yg baru nak mengenal erti kehidupan...
baru nak meneroka rahsia kejadian Allah nie..
sekiranya berhadapan dengan manusia mcm pakcik nie..
byk2 kan bersabar..
biarlah dia rasa dia betul walaupun kita tau ada pernyataan yang kita perlu betulkan..
kerana..
x elok menambah petrol dalam api tu...
so bykkan bersabar n bykkan tersenyum...
hehe

0 comments: